a dream

I just had a dream, neither a good dream nor a nightmare. A very sad dream.. about me.. who know when I will die..

Mimpi itu sangat jelas dalam pemikiranku. Di mana aku sentiasa menangis dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya diampunkan segala dosaku kerana takutnya aku kepada seksaan kubur dan akhirat. Aku berdoa dan berdoa sampai menangis hingga membanjiri pipi aku kerana takutnya mati dan seksaan di alam lain kelak.

Tetapi biarpun aku berdoa supaya diampunkan dosa² ku terdahulu, tetapi aku tidak tahu adakah benar² Allah sudah ampunkan dosaku. Adakah segala doaku dan segala tangisanku sudah dapat membersihkan dosaku? kerana takutnya aku sekiranya doaku masih belum dimakbulkan, aku terus lagi berdoa untuk diampunkan dosaku.

Aku sedar, sebelum aku masih jauh daripada saat kematian itu, aku jarang meminta ampun dan kalau minta pun tapi tidak bersungguh². Dan sekarang apabila aku tahu dekatnya saat kematian itu, baru aku sedar dosa yang telah aku lakukan. Adakah pintu hati dan taubat kusudah tertutup di saat itu? Ya Allah, ampunkanlah aku kerana aku takut pada seksaan-Mu, Ya Allah!

dan mimpi itu berakhir dan aku tersedar dalam ketakutan dan rasa diri ini perlu bersedia untuk menghadapi mati yang pasti akan tiba jua, tidak kira kita tahu atau tidak.

Ku harap mimpiku ini dapat memberi kesedaran pada diriku dan juga kepada saudara saudariku juga.

 
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
2 Responses
  1. salam mon frère,

    seronoknya dapat mimpi macam tu, betapa sayangnya Allah padamu sehingga dapat mimpi seperti itu, dan jgn lepaskn peluang utk mendapat hidaya Allah yg besar insyaAllah... moga sama² dirahmatiNya...ameen...=)

  2. gravatar sofwan

    insyaAllah mas..